3 Syarat wajib yang bolehkan Sabah layak ke Liga Super 2019

Kedudukan terkini Liga Perdana 2018 dengan 4 perlawanan berbaki. Kredit: FMLLP

Dalam proses mengetahui 3 Syarat Wajib yang boleh melayakkan Sabah ke Liga Super 2019, mari kita sama-sama ikuti sedikit kajian dan analisa yang telah diimplementasi oleh The Rhinos Troops.

 

Pengenalan

Berikut merupakan situasi pasukan Sabah ketika ini yang perlu kita ketahui:

  1. Berada di kedudukan ke-5 Liga Perdana 2018 dengan mengumpul 21 mata
  2. 7 mata dipisahkan dengan FELCRA FC yang ketika ini berada di kedudukan ke-2 liga
  3. PDRM FA di tangga ke-3 dengan 25 mata
  4. MISC-MIFA FC di tangga ke-4 dengan 23 mata namun berkelebihan 1 perlawanan
  5. Sabah bakal melengkapkan jadual dengan menentang TFC II, PDRM FA, FELCRA FC dan Pulau Pinang.

Dalam kesemua fakta yang ditunjukkan di atas, fakta nombor 5 merupakan yang paling penting untuk diberikan perhatian khusus oleh para barisan jurulatih dan pemain Sabah sendiri. Fakta nombor 5 ini juga yang bakal menentukan di mana Sabah bermain pada musim 2019 kelak.

 

Baki 4 Perlawanan Sabah

Berdasarkan Fakta Nombor 5 dalam “Pengenalan”, mari kita soroti senario baki 4 perlawanan Sabah dalam Liga Perdana 2018 ini.

 

1. Sabah vs Terengganu FC II di Kuala Terengganu pada 13 Julai 2018

Perlawanan lain yang melibatkan 5 pasukan teratas Liga Perdana 2018 pada hari tersebut ialah:

  • PDRM FA vs FELCRA FC
  • JDT II vs MIFA FC

Keputusan yang perlu terhasil untuk memberikan kelebihan kepada Sabah:

  • PDRM FA dan FELCRA FC perlu seri
  • MIFA FC perlu tewas kepada JDT II
  • Sabah WAJIB menang ke atas TFC II

Jika ini berlaku maka:

  • Sabah akan memintas MIFA FC di tangga ke-4 dengan mengumpul 24 mata
  • Sabah akan merapatkan jurang mata dengan pasukan PDRM kepada 2 mata
  • Sabah akan merapatkan jurang mara dengan pasukan FELCRA FC kepada 5 mata

 

2. Sabah vs Pulau Pinang di Likas pada 18 Julai 2018

Perlawanan lain yang melibatkan 5 pasukan teratas Liga Perdana 2018 pada hari tersebut ialah:

  • PDRM FA vs UiTM FC
  • MIFA FC vs UKM FC
  • FELCRA FC vs JDT II

Keputusan yang perlu terhasil untuk memberikan kelebihan kepada Sabah:

  • Sabah WAJIB menang ke atas Pulau Pinang
  • PDRM FA kalah atau seri dengan UiTM FC sudah mencukupi
  • MIFA FC kalah atau seri dengan UKM FC sudah mencukupi
  • FELCRA FC perlu keciciran mata menentang JDT II (tewas atau seri)

Jika ini berlaku maka:

  • Sabah akan memintas pasukan PDRM FA di tangga ke-3 dengan mengumpul 27 mata
  • Sabah akan merapatkan jurang dengan pasukan FELCRA FC di tangga ke-2 dengan 2 mata (jika FELCRA FC tewas) atau dengan jurang 3 mata (jika FELCRA FC seri)

 

3. Sabah vs FELCRA FC di Likas pada 22 Julai 2018

Perlawanan lain yang melibatkan 5 pasukan teratas Liga Perdana 2018 pada hari tersebut ialah:

  • FELDA UNITED FC vs PDRM
  • MIFA FC tidak bermain kerana mereka mempunyai kelebihan 1 perlawanan

Keputusan yang perlu terhasil untuk memberikan kelebihan kepada Sabah:

  • Sabah WAJIB menang ke atas FELCRA FC
  • PDRM FC perlu tewas kepada FELDA UNITED FC (pasti)

Jika ini berlaku maka:

  • Sabah akan memintas pasukan FELCRA FC di tangga ke-2 dengan kelebihan 1 mata dan berada dalam posisi layak ke Liga Super 2019 secara automatik.
  • Apapun perlawanan terakhir liga akan mengesahkan layak atau tidak pasukan Sabah ke Liga Super 2019

 

4. Sabah vs PDRM FA di Cheras pada 27/28 Julai 2018

Perlawanan lain yang melibatkan 5 pasukan teratas Liga Perdana 2018 pada hari tersebut ialah:

  • FELCRA FC vs Sarawak
  • TFC II vs MIFA FC
  • Pulau Pinang vs FELDA UNITED FC

Keputusan yang perlu terhasil untuk memberikan kelebihan kepada Sabah:

  • Sabah WAJIB menang ke atas PDRM FA untuk memastikan kedudukan ke-2 liga kekal
  • Jika Sabah menang menentang PDRM FA dalam perlawanan ini, sama ada FELCRA FC menang, seri mahupun kalah terhadap Sarawak tidak akan memberikan kesan kepada Sabah.

Jika ini berlaku maka:

  • Sabah akan mengekalkan kedudukan di tangga ke-2 liga dan LAYAK ke Liga Super 2019

 

Perbincangan

Mari kita lihat dengan lebih terperinci kebarangkalian jumlah kutipan mata untuk Sabah dan 3 pencabar utama mereka iaitu FELCRA FC, PDRM FA dan MIFA FC dalam baki 4 perlawanan terakhir mereka. Seri tidak diambilkira di sini kerana hanya mengambilkira mata Minimum dan Maksimum.

 

i.  Sabah

  • Baki perlawanan = 4
  • Mata maksimum jika menang 4 = 33 mata
  • Mata maksimum jika menang 3 = 30 mata
  • Mata maksimum jika menang 2 = 27 mata
  • Mata maksimum jika menang 1 = 24 mata
  • Mata maksimum jika tewas di semua baki 4 perlawanan = 21 mat

 

ii.  FELCRA FC

  • Baki perlawanan = 4
  • Mata maksimum jika menang 4 = 40 mata
  • Mata maksimum jika menang 3 = 37 mata
  • Mata maksimum jika menang 2 = 34 mata
  • Mata maksimum jika menang 1 = 31 mata
  • Mata maksimum jika tewas di semua baki 4 perlawanan = 28 mata

 

iii.  PDRM FA

  • Baki perlawanan = 4
  • Mata maksimum jika menang 4 = 37 mata
  • Mata maksimum jika menang 3 = 34 mata
  • Mata maksimum jika menang 2 = 31 mata
  • Mata maksimum jika menang 1 = 28 mata
  • Mata maksimum jika tewas di semua baki 4 perlawanan = 25 mata

 

iv.  MIFA FC

  • Baki perlawanan = 3
  • Mata maksimum jika menang 3 = 32 mata
  • Mata maksimum jika menang 2 = 29 mata
  • Mata maksimum jika menang 1 = 26 mata
  • Mata maksimum jika tewas di semua baki 3 perlawanan = 23 mata

 

Keputusan dan Kesimpulan

Berdasarkan analisis kebarangkalian singkat yang telah dibuat dalam “Perbincangan”, berikut merupakan 3 Syarat wajib yang bolehkan Sabah layak ke Liga Super 2019:

 

  1. Sabah WAJIB menang SEMUA baki 4 perlawanan dengan mata masksimum sebanyak 33 mata.
  2. FELCRA FC perlu tewas sekurang-kurangnya 3 perlawanan dalam baki 4 perlawanan tanpa mengambil kira keputusan seri.
  3. PDRM FA perlu tewas sekurang-kurangnya 2 perlawanan dalam baki 4 perlawanan tanpa mengambil kira keputusan seri

 

Oleh itu, The Rhinos Troops ingin menegaskan sekali lagi bahawa peluang Sabah untuk layak ke Liga Super 2019 masih ada walaupun Liga Perdana 2018 tinggal berbaki 4 perlawanan. Ia nampak agak sedikit sukar buat Sabah namun kita tidak menolak keajaiban boleh berlaku.

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "3 Syarat wajib yang bolehkan Sabah layak ke Liga Super 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*