3 Aksi ‘special’ Neymar yang hangatkan Piala Dunia 2018

Aksi Neymar ketika sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti Costa Rica ketika proses mendapatkan sepakan penalti. Hasil reviu VAR, pengadil membatalkan keputusan untuk memberikan sepakan penalti kepada Brazil. Kredit: MSN

Selepas perlawanan Round of 16 tamat, 8 pasukan telahpun mengesahkan tempat di perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2018 yang terdiri daripada pasukan Brazil, Sweden, England, Belgium, Uruguay, Croatia, Perancis dan tuan rumah, Russia.

Setakat ini, hal yang paling hangat diperkatakan bukanlah dengan tumbangnya gergasi dunia seperti Jerman, Argentina, Sepanyol dan Portugal akan tetapi dengan aksi-aksi special yang disajikan oleh pemain sensasi Brazil bernama Neymar.

Aksi istemewa yang dimaksudkan sini ialah aksi merebahkan badan yang keterlaluan (menurut ABC News) ketika menentang Costa Rica pada 22 Jun, aksi tergolek 5 kali ketika menentang Serbia pada 28 Jun dan terbaru aksi badut (menurut ESPN) dan melebih-lebih ketika menentang Mexico dalam perlawanan 16 Akhir, Isnin lalu.

 

Apa yang terjadi sebenarnya? Mari ikuti sedikit analisa dan ulasan untuk 3 aksi utama yang dipamerkan Neymar setakat ini.

 1. Aksi merebahkan badan keterlaluan menentang Costa Rica (22 Jun 2018)

Ketika aksi peringkat kumpulan menentang Costa Rica, pengadil dari Belanda, Bjorn Kuipers telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Brazil pada minit ke-77 atas dakwaan bahawa pemain pertahanan Costa Rica, Giancarlo Gonzalez menarik baju Neymar sehingga terjatuh di dalam kotak penalti.

Namun sebelum sepakan penalti dibuat, VAR telah mengarahkan Bjorn Kuipers untuk melihat video ulang tayang insiden tersebut terlebih dahulu. Dengan bantuan VAR, Bjorn Kuipers akhirnya membatalkan sepakan penalti tersebut dengan serta merta kerana sebenarnya tiada kekasaran yang dilakukan Giancarlo terhadap Neymar.

Aksi Neymar yang sengaja menjatuhkan badan ketika menentang Costa Rica.
Kredit: Daily Express UK

Legenda England, Gary Lineker melalui akaun Twitter beliau mengatakan seperti ini:

“VAR gets it 100% right. Neymar dived and justice was done. That’s exactly what VAR is for.”

 Menurut Gary, keputusan VAR tersebut adalah adil kerana sememangnya Neymar sengaja menjatuhkan diri.

Sejak insiden tersebut, video Neymar yang sengaja menjatuhkan badan ketika perlawanan tersebut menjadi sebutan hangat dan tular di media sosial.

2. Aksi tergolek 5 kali Neymar ketika menentang Serbia (28 Jun 2018)

Di penghujung babak pertama ketika aksi peringkat kumpulan di antara Brazil dan Serbia, Neymar sekali lagi mengejutkan dunia troll dan bolasepak global apabila berjaya mempamerkan aksi istemewa yang jarang sekali dapat disaksikan secara live di kaca TV.

Insiden tersebut ialah ketika di mana pemain tengah Serbia, Adem Ljajic melakukan sliding tackle terhadap Neymar yang disudahi dengan aksi tergolek 5 kali daripada Neymar. Kejadian tersebut amat istemewa dan terlalu sayang jika tidak diabadikan dalam bentuk gubahan video. Banyak gubahan video hasil insiden tersebut yang sangat menggelikan hati. Sehingga kini, insiden tersebutlah yang paling banyak diperkatakan.

Detik sebelum Neymar tergolek sebanyak 5 kali selepas Adam Ljajic (belakang) melakukan sliding tackle. Kredit: Firstpost.com

Terdapat banyak News Headlines daripada agensi-agensi berita sukan antarabangsa yang berbaur sinis selepas perlawanan tersebut. Bukan berkenaan kemenangan Brazil terhadap Serbia namun berkenaan aksi daripada Neymar itu.

Times How dalam laman webnya menyatakan seperti ini:

“Breaking News: Famous Hollywood Directors approaches Neymar Jr to act in their films, believes he has a great acting potential, can give a blockbuster movie and win Oscars.”

Yang membawa maksud:

“Berita Tergempar: Seorang Pengarah Hollywood yang terkenal telah mendatangi Neymar untuk membintangi filem mereka kerana percaya Neymar mempunyai bakat berlakon yang hebat dan seterusnya boleh menghasilkan ‘blockbuster movie’ sekali gus memenangi anugerah Oscar”

 

Talking Baws dalam akaun Twitter mereka juga mengatakan seperti berikut:

“Fair play to Neymar. Trying to win an Oscar and a World Cup in the same year isn’t easy, but he’s definitely giving it a go”

Yang bermaksud:

“Satu permainan ‘Fair play’ daripada Neymar. Memenangi Oscar dan Piala Dunia dalam tahun yang sama bukanlah suatu tugas yang mudah, namun beliau tetap mencuba”

Ini pula antara gubahan video yang boleh dilihat banyak di Twitter:

3. Aksi badut (menurut ESPN) dan keterlaluan Neymar ketika menentang Mexico (28 Jun 2018)

Hari demi hari berlalu namun Neymar tidak pernah mengecewakan para peminat apabila sekali lagi mempamerkan aksi overreacting atau melebih-lebih selepas kaki pemain Mexico, Miguel Layun kelihatan menyentuh kaki Neymar secara berserenjang ketika Neymar sedang terbaring di garisan tepi padang. Neymar mempergunakan kesempatan tersebut dengan meronta-ronta kesakitan, tergolek, terputar siring kiri kanan dan menurut ESPN, aksi tersebut tidak ubah seperti badut.

Neymar kelihatan mengerang kesakitan kerana mendakwa kaki beliau dipijak dengan begitu kejam sekali oleh Miguel Layun (kanan). Kredit: TheWorldNews.net

Berdasarkan FourFourTwo Australia, Layun tidak tersengaja menyentuh kaki Neymar yang ketika itu sedang terbaring kerana fokus Layun ketika itu adalah untuk mendapatkan bola yang berada dalam dakapan Neymar.

 

Berikut merupakan kenyataan Layun ketika ditanya oleh wartawan selepas perlawanan tersebut berakhir:

“Neymar spends most of the match on the ground, and it’s not easy when all that is allowed. I did not step on him [on purpose], the referee confirmed that it was not intentionally,”

Yang bermaksud:

“Neymar membuang banyak waktu permainan dengan terbaring di atas padang dan ia menjadi suatu hal yang sukar jika terus dibenarkan. Saya tidak memijak kakinya dengan sengaja, pengadil pun sudah mengesahkan bahawa saya tidak sengaja melakukannya”

 

Disebalik aksi yang kurang enak daripada Neymar di mata penonton ini, beliau tetap tidak mengecewakan para penyokong Brazil apabila berjaya menjaringkan 1 gol dan memberikan 1 lagi bantuan gol kepada Firmino untuk kemenangan selesa 2-0 terhadap Mexico.

Pasukan Brazil bakal bertemu Belgium dalam perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2018 pada 7 Julai nanti dan sudah pasti aksi menarik daripada anak-anak buah Tite ini dinantikan oleh masyarakat sedunia. Secara kolektif, aksi Brazil dalam kempen Piala Dunia 2018 kali ini amat baik dan kini merupakan calon terhebat untuk gelaran juara.

Seperti biasa, aksi Neymar adalah terbaik dari semua segi. Beliaulah watak penting dalam kesemua perlawanan Brazil setakat ini selain menjadi penghibur nombor 1 kepada peminat bolasepak seluruh dunia.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "3 Aksi ‘special’ Neymar yang hangatkan Piala Dunia 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*