Skuad Liga Premier Sabah Mudah Jinakkan Brunei B21

Pemain pertahanan kiri Sabah dari Semporna, Azwan Fattah 'mengayamkan' pemain-pemain Brunei U21 dalam aksi semalam. Kredit Foto: Sabah Media Official

Perlawanan persahabatan antarabangsa yang melibatkan pasukan Liga Premier Sabah dan Brunei Darusalam B21 telahpun berlangsung di Stadium Likas semalam, bersamaan 26 Mac 2018. Kemenangan berpihak kepada Sabah apabila mudah menewaskan pasukan negara jiran itu dengan jaringan 5-0. Perlawanan itu apapun hanya dianggap sebagai perlawanan ‘pemanas badan’ memandangkan 100 Plus Liga Premier musim ini berehat agak panjang dan hanya bersambung pada 10 April 2018.

Pemain pertahanan kiri Sabah dari Semporna, Azwan Fattah ‘mengayamkan’ pemain-pemain Brunei U21 dalam aksi semalam.
Kredit Foto: Sabah Media Official

Dengan implementasi formasi 4-4-2, Jelius Ating menurunkan Rozaimie Rohim selaku penjaga gol, pemain pertahanan terdiri daripada Francis Kasonde, Randy Baruh, Dendy Lowa dan Jenius Karib, pemain tengah terdiri daripada Ummareng Bacok, Azizan Nordin, Justin Samaan dan Ricco Nigel Milus sementara Leopold Alfonso dan Rahmanshah Marajeh digandingkan di bahagian serangan Sabah.

Sabah tidak menunggu terlalu lama apabila menjaringkan gol pendahuluan pada mini ke-20 perlawanan menerusi pemain Left Flanker kelahiran Nabawan, Justin Samaan. Gerakan berpunca daripada gerakan solo Justin Samaan menerusi satu gerak break attack dari sebelah kanan kawasan Brunei DS Bawah 21 Tahun yang menyaksikan Justin melepasi sekurang-kurangnya 4 pemain lawan sebelum merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol mereka. Justin Samaan membuktikan bahawa beliau layak berada dalam senarai pilihan JA di sayap kiri.

Gerakan tersusun daripada skuad senior Sabah akhirnya membuahkan hasil sekali lagi pada minit ke-28. Kali ini giliran Ummareng Bacok, right flanker dari Sandakan pula untuk menggegarkan belakang jaring pasukan Brunei DS B21. Gerakan diilhamkan oleh Justin Samaan di sebelah kanan byline  pasukan pelawat melalui hantaran lintang yang tidak berjaya dikeluarkan dengan baik oleh pertahanan lawan . Ummareng Bacok yang berada betul-betul di hadapan pintu gol berjaya melakukan tolakan mudah untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pasukan Brunei DS B21 yang tidak melakukan pertukaran pemain di separuh masa pertama kelihatan agak longlai apabila setiap sentuhan bola yang dilakukan oleh para pemain mereka tidak bertahan lama dan mudah dirampas semula oleh para pemain Sabah.

Sabah sekali lagi menceriakan para penonton yang datang dengan gol ke-3 pada minit ke-37 menerusi Leopold Alfonso Otong yang berjayakmenjadikan kedudukan lebih selesa, 3-0. Gerakan berpunca daripada larian solo Leopold yang betul-betul serupa dengan gerakan Justin Samaan ketika gol pertama terhasil pada minit ke-20 permainan. Rembatan padu kaki kiri Leopold mudah melepasi kawalan penjaga gol Brunei DS B21 di sudut atas kanan pintu gol.

Leopold Alfonso sekali lagi menggegarkan jaring pasukan pelawat dua minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 4-0 menerusi situasi kekalutan di dalam kotak penalti Brunei DS B21 pada minit ke-39 hasil sepakan percuma jarak 45 meter daripada Azizan Nordin.

Ketika perlawanan separuh masa pertama seakan-akan berakhir dengan kedudukan 4-0, Sabah menambah derita nestapa Brunei DS B21 apabila menjadikan kedudukan 5-0 menerusi jaringan peribadi ke-2 Ummareng Bacok pada minit ke-43. Jaringan terhasil menerusi gerakan individu Umai yang berjaya melepaskan diri daripada perangkap offside pasukan pelawat dan seterusnya menewaskan penjaga gol Brunei DS B21 dalam situasi one on one.

Bersambung babak ke-dua, banyak pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan sehingga kurang gerakan menarik daripada mereka untuk menjaringkan gol. Namun pasukan pelawat lebih dahulu mencemaskan pasukan tuan rumah apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-62 tetapi mujur tidak berjaya disempurnakan oleh pemain pasukan Brunei DS B21. Untuk rekod, pasukan pelawat juga telah mendapat sepakan penalti dalam perlawanan menentang pasukan Bawah 21 Sabah pada 24 Mac lalu.

Perlawanan tamat dengan Sabah mengekalkan kedudukan 5-0. Perlawanan di separuh masa ke-2 menyaksikan para pemain Sabah yang sekian lama berada di bangku simpanan dan tidak tersenarai dalam senarai 18 pemain harus bekerja lebih keras untuk mendapat kedudukan yang lebih baik di dalam kesebelasan utama Sabah kelak .

Infomasi perlawanan persahabatan seterusnya akan diberitahu kelak. Perlawanan mungkin akan melibatkan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia 2018 dan akan dimainkan sama ada di Likas mahupun di luar Sabah.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Skuad Liga Premier Sabah Mudah Jinakkan Brunei B21"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*