Stanley Sulong muncul wira Sabah B21 sekali lagi!

Selang tiga hari selepas menjadi wira Sabah untuk membenam Kedah 1-0 dalam perlawanan pertama Piala Presiden, sekali lagi Stanley Sulong mejadi tunjang kemenangan tipis 2-1 Sabah ke atas pasukan Pahang di Stadium Temerloh, Pahang pada isnin.

Bermain di hadapan rata-rata penyokong pasukan dengan gelaran Tok Gajah itu tidak menggerunkan anak-anak buah Johnny Dominicus apabila dapat mengekang dan mematahkan setiap serangan pihak lawan. Mereka sebaliknya banyak memporak perandakan benteng pertahanan pasukan Pahang dan mendominasi setiap gerakan serangan.

Walaupun bermain baik, mereka tetap dibolosi pada minit ke-55 permainan di separuh masa ke-2 apabila kapten pasukan, Evans Wensly Wenceslaus dikatakan telah tertampan bola dengan menggunakan tangan di dalam kotak penalti dan pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memanfaatkan peluang tersebut untuk mendahului pasukan Sabah.

Tersentak dengan gol pendahuluan pasukan tuan rumah, Sabah terus menggandakan asakan ke atas kubu pasukan Pahang dan akhirnya berjaya menghasilkan gol penyamaan melalui satu tandukan padu daripada Stanley Sulong pada mini ke-68.

Usaha keras pasukan Sabah sekali lagi berjaya menggegarkan jaring pasukan Pahang apabila percubaan daripada Stanley Sulong tidak berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol pasukan Pahang pada minit ke-78 untuk Sabah di hadapan 2-1. Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat perlawanan ditiupkan pengadil.

Untuk rekod, itu merupakan gol ke-3 peribadi Stanley Sulong dalam Piala Presiden 2018 untuk setakat 2 perlawanan awal. Terdahulu, beliau menjaringkan gol tunggal Sabah dalam kemenangan 1-0 bertemu Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim pada 23 Februari 2018.

Perlawanan Piala Presiden yang ke-3 seterusnya bersambung pada 1 Mac 2018 yang mana pasukan Sabah bakal bertemu pasukan MISC-MIFA FC di Stadium Mini USIM, Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 4.45 petang.

Setakat ini Sabah masih lagi mengungguli tangga teratas Kumpula A dengan mengutip 6 mata penuh dalam 2 perlawanan.

Semoga rentak cemerlang pasukan Sabah akan dapat diteruskan dan dapat mengumpul sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanan ini.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Stanley Sulong muncul wira Sabah B21 sekali lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*