Faktor kurang bertuah gagalkan hatrik kemenangan Sabah di Likas

Hector Ramos melepaskan percubaan yang cuba dihadang oleh Kim Chi Gon (tangah) sambil diperhatikan oleh Milos Raickovic (belakang) dan Sabre Mat Abu (depan) ketika aski menentang Sarawak pada 24 Feb. Kredit gambar: Berita Harian. Deskripsi: B Oken Tacts (TRT).

Ramai yang beranggapan bahawa perlawanan menentang pasukan tetangga, Sarawak merupakan perlawanan mudah buat Sabah. Pertembungan ‘Borneo Derby’ itu apapun tidak semudah yang disangka apabila The Rhinos hanya sekadar terikat 1-1 dengan The Crocs dalam perlawanan yang ditonton penyokong yang hampir mencecah 10 ribu orang di Stadium Likas malam tadi.

Bermain di hadapan penyokong tuan rumah tidak menggetarkan para pemain-pemain pasukan Sarawak apabila berjaya mengimbangi perlawanan di separuh masa pertama malah telah berjaya melakukan beberapa serangan kilas yang merbahaya. Hasilnya, pasukan dengan jolokan Ngap Sayot itu berjaya menggegarkan jaring pasukan Sabah menerusi satu penyudah baik pemain import dari Croatia, Mateo Roskam pada minit ke-20.

Gol Mateo Roskam itu berpunca daripada kelambatan pemain pertahanan Sabah untuk melakukan ‘clearance’ bola dari kawasan berbahaya sehingga dirampas oleh Mateo Roskam yang dengan tenang melepasi Robson Rendy Rining dalam situasi satu lawan satu. Kepekaan terhadap ancaman musuh harus lebih diterapkan oleh barisan pertahanan Sabah agar tidak dibolosi dengan gol-gol mudah seperti itu.

Tersentak dengan gol itu, Sabah kembali menguasai permainan dengan hantaran-hantaran lintang dari sebelah kiri dan kanan pintu gol Sarawak namun tidak berjaya disudahkan oleh Hector Ramos dan Lee Gil Hoon. Banyak hantaran lintang yang mudah dikeluarkan oleh barisan pertahanan Sarawak yang dikemudi dengan begitu baik oleh Hairol Mokhtar dan Kim Chi Gon.

10 minit terakhir di separuh masa pertama pula dikuasai Sarawak namun mujur Robson Rendy Rining banyak menepis percubaan merbahaya pasukan pelawat daripada dibolosi lagi. Peluang keemasan dimiliki oleh Sarawak di minit-minit akhir separuh masa pertama apabila diberikan sepakan percuma jarak dekat yang mujur berjaya ditepis dengan cantik oleh Robson Rendy Rining.

Bersambung babak ke-2, perlawanan seakan-akan menjadi ‘one way traffic’ apabila Sabah melakukan asakan bertalu-talu tanpa sebarang serangan balas daripada pasukan Sarawak. Boleh dikatakan Sarawak bermain secara ‘all out defence’ kerana Sabah mempertingkatkan intensiti serangan mereka.

Hector Ramos yang kurang melakukan percubaan dalam 3 perlawanan awal Sabah telah banyak melakukan percubaan dalam perlawanan menentang Sarawak malam tadi. Terdapat peningkatan ‘work rate’ beliau jika dibandingkan dengan prestasi beliau dalam perlawanan-perlawanan yang lepas.

Gol penyamaan Sabah muncul pada minit ke-55 di separuh masa pertama hasil tandukan Hector Ramos yang menggegarkan jaring pasukan Sarawak setelah menerima hantaran lintang dari arah sebelah kanan melalui Maxsius Musa. Maxsius yang sudah menjaringkan 1 gol setakat ini berjaya melepasi kawalan Mohd Dzuladzlan di kawasan pertahanan kiri pasukan Sarawak sebelum melepaskan hantaran lintang yang menemui kepala Hector Ramos.

Hector Ramos melepaskan percubaan yang cuba dihadang oleh Kim Chi Gon (tangah) sambil diperhatikan oleh Milos Raickovic (belakang) dan Sabre Mat Abu (depan).
Kredit gambar: Berita Harian.
Deskripsi: B Oken Tacts (TRT).

Serangan bertali arus pasukan Sabah banyak digagalkan oleh para pemain pertahanan Sarawak yang berkampung di kawasan sendiri dalam satu unit bertahan. Pertukaran taktikal telah dilakukan oleh Ian Gillian apabila memasukan pemain pertahanan tambahan yang terdiri daripada Ramesh Lai Ban Huat, Nor Azizi Ramlee dan Sabri Mat Abu.

Sabah sepatutnya boleh mengakhiri perlawanan tersebut dengan kemenangan 2-1 apabila pengadil memberikan sepakan penalti di minit-minit akhir masa kecederaan separuh masa ke-2 setelah Sabre Mat Abu tertampan bola dengan menggunakan tangan di dalam kotak penalti Sarawak. Malang buat Sabah namun untung buat Sarawak apabila Lee Gil Hoon gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Sepakan Lee hanya berjaya menggegarkan palang gol pasukan Sarawak dan terkeluar dari kawasan permainan.

Untuk rekod, Lee Gil Hoon telahpun melakukan 3 tendangan penalti sebelum ini namun hanya 1 (ketika seri 1-1 dengan FELCRA FC) yang berjaya dijaringkan sementara 2 lagi (ketika seri 1-1 dengan FELCRA FC dan perlawanan menentang Sarawak semalam) tidak berjaya dimanfaatkan kerana sama ada ditepis mahupun terkeluar dari kawasan permainan. Mungkin sepakan penalti seterusnya harus diberikan kepada Hector Ramos.

Walaupun tidak berjaya mendapat kemenangan hatrik di Likas semalam, rata-rata penyokong Sabah amat berpuas hati dan terhibur dengan persembahan pasukan kendalian Jelius Ating itu terutama sekali di separuh masa ke-2. Perlawanan Pusingan Ke-2 Piala FA menentang JDT di Likas pada 3 Mac sudah pasti akan lebih ramai penyokong Sabah yang membanjiri Stadium Likas.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Faktor kurang bertuah gagalkan hatrik kemenangan Sabah di Likas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*