Stanley Sulong wira Skuad B21 Sabah

Pasukan Piala Presiden Sabah memulakan kempen Piala Presiden 2018 dengan langkah kanan apabila menundukkan pasukan Kedah dengan jaringan tipis 1-0 dalam perlawanan yang telah berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah pada pukul 4.45 petang tadi.

**

Stanley Sulong muncul wira Sabah

Pasukan Sabah yang berjaya mengimbangi kekuatan serangan pasukan tuan rumah, Kedah, berjaya menghasilkan gol tunggal hasil penyudah tajam daripada pemain muda berbakat besar Sabah, Stanley Sulong pada minit ke-40 di separuh masa pertama. Stanley juga merupakan pemain yang didaftarkan dalam senarai 30 pemain untuk skuad Liga Perdana Sabah. Memandangkan beliau masih boleh bermain untuk skuad Piala Presiden, kehadiran beliau dimanfaatkan sepenuhnya oleh ketua jurulatih, Johnny Dominicus.

Pasukan Kedah bangkit menggandakan asakan di separuh masa ke-2 namun tetap buntu untuk menghasilkan jaringan. Kehadiran Evans Wensly Wenceslaus dan Sakri Masri (PG) di dalam skuad Piala Presiden Sabah telah sedikit sabanyak menyerap dan menggagalkan asakan pasukan Kedah.

Selain itu, 3 pemain pertahanan Piala Presiden Sabah dari musim lalu iaitu Ranilson Batuil, Kelvin Pengiran dan Zaki Sapri (Kapten) juga turut menyukarkan pasukan tuan rumah untuk melakukan percubaan ke arah kubu skuad Sabah. Arius Dius Jais juga turut berada dalam kesebelasan utama skuad Sabah sebentar tadi yang cemerlang dalam mengucar kacirkan benteng pertahanan skuad Lang Merah.

Boleh dikatakan 70% barisan pemain yang diturunkan dalam pertemuan dengan Kedah sebentar tadi adalah barisan pemain yang cemerlang dalam saingan Pial Belia (U19)2016 Sabah ketika dikendalikan oleh Jelius Ating.

5 pemain Liga Perdana 2018 Sabah perkuat pasukan Piala Presiden Sabah

Dalam perlawanan tersebut, JD telah menurunkan 5 pemain yang berdaftar sebagai pemain Liga Perdana 2018 Sabah.

Mereka ialah:

  1. Sakri Masri
  2. Stanley Sulong
  3. Aidil Safee
  4. Hamran Peter
  5. Evans Wensly Wenceslaus

3 perlawanan seterusnya buat pasukan Piala Presiden Sabah adalah perlawanan yang akan berlangsung di gelanggang lawan yang mana Sabah bertemu Pahang pada 26 Februari, bertemu MISC-MIFA FC pada 1 Mac dan bertemu pasukan Perlis pada 8 Mac. Pasukan B21 Sabah akan terus berada di Semenanjung Malaysia sehingga perlawanan menentang MISC-MIFA FC bagi tujuan mengurangkan kos pengangkutan dan yang sama waktu dengannya.

Walaupun perlawanan-perlawanan seterusnya nampak sukar, sudah pasti para pemain digesa untuk mempertahankan momentum kemenangan mereka.

Semoga skuad Piala Presiden Sabah mampu memperolehi kedudukan yang baik dalam saingan Piala Presiden edisi kali ini. Selamat maju jaya.

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Stanley Sulong wira Skuad B21 Sabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*