Previu Eksklusif: Sabah vs PDRM FA_Perlawanan ke-3_LP2018

Formasi pasukan Sabah ketika perlawanan menentang PDRM FA. Foto: TRT

**

Sabah bakal menerima kunjungan pasukan PDRM FA pada pukul 8.15 malam ini di Stadium Likas Kota Kinabalu dalam perlawanan ke-3 Liga Perdana 2018.

Rekod Perlawanan Sebelum Ini

Pasukan Sabah mencatatkan 1 kemenangan dan 1 seri dalam 2 perlawanan awal mereka. Kemenangan diperolehi ke atas Terengganu FC II dengan jaringan 4-0 pada perlawanan pertama 2 Feb lalu di Likas. Apapun hasrat Sabah untuk menghasilkan kemenangan ke-2 berturut-turut tidak kesampaian apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan pasukan FELCRA FC di Stadium Shah Alam pada 6 Feb lepas. Ini bermakna, Sabah hanya mendapat 3 hari rehat sebelum perlawanan menentang The Cops di Likas malam ini.

Pasukan PDRM FA pula memperolehi 1 kekalahan dan 1 seri dalam 2 perlawanan terdahulu mereka. Perlawanan pertama menyaksikan mereka terikat 1-1 dengan pasukan FELCRA FC dan tebaharu tewas 2-6 di laman sendiri ketika melayani kunjungan Felda United FC. Mereka mempunyai masa rehat yang lagi lama jika dibandingkan dengan pasukan Sabah.

Pemain Tumpuan

Pasukan Sabah dilihat bakal menurunkan kesebelasan utama yang digunakan dalam 2 perlawanan terdahulu mereka. Lee Gil Hoon buat setakat ini telah menghasilkan 2 gol dalam 2 perlawanan yang dilalui Sabah iaitu satu gol ketika menang 4-0 ke atas TFC II di Likas dan 1 gol ketika seri 1-1 dengan pasukan FELCRA FC di Shah Alam. Kebolehan dan kekreatifan pemain import dari Korea Selatan ini sudahpun diketahui oleh rata-rata penyokong bolasepak di Malaysia ini. Persoalannya mampukah beliau memberikan impak terhadap perlawanan mala mini?

Sementara itu, kecemerlangan kapten pasukan Sabah, Rawilson Batuil juga harus diberikan tumpuan oleh pemain pasukan The Cops. Ini kerana, pemain yang dikenali sebagai Jipun ini sangat efektif dalam bertahan dan boleh menjaringkan gol dalam situasi bola mati. Beliau telahpun menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan yang mana menyaksikan Jipun menyumbat 2 gol ketika menentang TFC II yang lalu.

Bagi pasukan PDRM FA pula, tidak banyak yang perlu diulas memandangkan mereka tewas besar dalam perlawanan terdahulu dan sekadar mengutip 1 mata hasil keputusan seri 1-1 dengan The Rival pada perlawanan pertama mereka. Tewas besar terhadap Felda United FC sudah menunjukkan ketidakefektifan mereka dalam bermain secara 1 unit. Walaupun dengan adanya pemain pertahanan kental dari Jepun, Shunsuke Nakatake, pemain tempatan juga harus bermain dengan bermati-matian.

Kehadiran pemain import dari Romania, Petrisor Voinea sudah pasti bakal mengundang adrenalin kepada benteng Sabah memandangkan pemain ini sudahpun menghasilkan 2 gol dalam 2 perlawanan yang dilalui PDRM FA. Beliau menghasilkan gol dari jarak jauh ketika menentang FELCRA FC di laman mereka sendiri dan menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas 2-6 di tangan FELDA United FC. Penjaga gol Sabah dilihat harus berwaspada terhadap sepakan pemain ini yang gemar melakukan sepakan lencong dari jarak jauh.

Formasi dan Strategi Sabah

Sabah dikatakan akan mengekalkan formasi dan barisan pemain yang diturunkan dalam 2 perlawanan terdahulu mereka. Ini bermakna, formasi 4-4-2 akan diaplikasikan. Menurut JA, faktor keletihan di kalangan segelintir pemain apa pun bakal mempengaruhi formasi dan barisan pemain Sabah pada malam ini. Kita tunggu dan lihat.

Bermain di Likas sudah pasti Sabah inginkan keselesaan dalam penguasaan bola mereka. Penguasaan bola amat ditekankan JA untuk memastikan mereka dapat mengatur serangan dengan berkesan seta dapat meningkatkan jumlah peluang untuk menghasilkan jaringan. Bermain di Likas buat Sabah adalah umpama Barcelona bermain di Nou Camp. Ini adalah padang kita jadi mengapa berikan lawan peluang untuk menguasainya?

‘Target man’ sekali lagi dipertanggungjawabkan kepada Hector Ramos yang kini sudah menghasilkan 1 gol buat The Rhinos. Beliau seharusnya mendapat lagi banyak hantaran baik untuk membolehkannya menjaringkan gol.

 

Tekanan buat PDRM FA?

 

Kalah dengan jumlah jaringan besar dalam perlawanan terakhir mereka sudah pasti akan memberikan ‘tonic point’ bagi mereka untuk bangkit lebih gagah dalam perlawanan sebentar nanti. Mereka sudah pasti inginkan kemenangan pertama musim ini dengan apa cara sekalipun. Bermain dengan tekanan sudah pasti akan membuatkan mereka bermain secara ‘beremosi’. Apapun mereka akan bermain di hadapan ribuan penyokong Sabah malam ini. Hanya dua kemungkinan yang akan berlaku kepada mereka iaitu sama ada mereka ‘tewas’ secara mental atau mereka akan bermain dengan tenang kerana mereka ‘have nothing to lose’.

Perkembangan lain Sabah

Dalam perkembangan lain, pasukan Sabah bakal mendapatkan semula khidmat bekas pertahanan mereka dari Zambia iaitu Francis Kasonde untuk memperkuatkan lagi benteng pasukan Sabah. Walaupun pemain pertahanan Sabah terdiri daripada pemain tempatan dalam 2 perlawanan terakhir, mereka hanya bolos dengan 1 gol setakat ini. Igor Cerina yang masih tercedera dilihat tidak akan didaftarkan sebagai pemain Sabah untuk memberikan ruang kepada Francis Kasonde. Pendaftaran pemain akan ditutup pada 11 Feb ini. Sempatkah Sabah berbuat demikian?

 

 

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Previu Eksklusif: Sabah vs PDRM FA_Perlawanan ke-3_LP2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*