Ketahui 6 Punca Sabah Pulang Dengan Hanya 1 Mata Dari Shah Alam.

Kredit: FB Live Kelab Penyokong Sabah Rhino / Sahabat KL. Edit: B Oken Tacts (TRT)

*

Di sini The Rhinos Troops ingin membawakan kepada anda tentang 6 Punca Sabah Seri 1-1 Dengan FELCRA FC.

Status sebagai pendatang baru Liga Perdana 2018 bukan menjadi halangan buat FELCRA FC yang dikenali sebagai The Rival itu untuk merencatkan rentak cemerlang Sabah di Stadium Shah Alam. Mereka malah hampir memalukan Sang Badak di masa kecederaan separuh masa ke-2 apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Sabah harus berterima kasih buat kecekapan Robson Rendy Rining yang menidakkan Anselmo Arruda Da Silva daripada menjaringkan gol kemenangan buat pasukan tuan rumah.

Berikut merupakan 6 punca mengapa Sabah gagal memungut 3 mata penuh di Stadium Shah Alam semalam:

1. Penyudah masih hambar

Pemain sayap kanan Sabah, Maxius Musa merupakan pemain yang paling banyak mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada perlawanan semalam. Terdapat sekurang-kurangnya 4 ‘clear chances’ yang diperolehi beliau namun kesemua percubaan beliau tersasar. Peluang tersebut kelihatan perlu disudahi dengan hanya satu sepakan ‘on target’ sahaja untuk diterjemahkan kepada jaringan namun pemain muda dari Keningau itu gagal memanfaatkannya

2. Hantaran lintang kurang efektif

Kemasukan Leopold Alfonso Otong pada minit ke-80 untuk menggantikan Sabri Sahar diharapkan mampu untuk melakukan hantaran-hantaran lintang berbahaya di sebelah kiri kawasan FELCRA FC namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Leopold berada pada posisi seleasa untuk melakukan hantaran lintang namun hantaran beliau hanya seperti ‘cut back pass’ kepada pertahanan FELCRA FC.
Kredit: FB Live Kelab Penyokong Sabah Rhino / Sahabat KL
Edit: B Oken Tacts (TRT)

Leopold mempunyai ruang yang luas untuk melakukan 3 hantaran lintang dari dalam kotak penalti lawan namun hantaran yang dihasilkan tidak menepati sasaran apabila pemain pertahanan tuan rumah dapat melakukan ‘clearance’ mudah. Jika hantaran tersebut dapat dieksekusi dengan baik, sudah pasti Hector Ramos dan Maxius Musa yang berada dalam kotak penalti lawan dapat melakukan sesuatu.

3. Disiplin bertahan FELCRA FC

Antara yang paling jelas telah menyebabkan kebanyakan serangan Sabah dipatahkan ialah kerana kemampuan dan kebolehan para pemain pertahanan dan tengah The Rival untuk bertahan. ‘Deep defensive line’ yang telah diaplikasikan oleh para pemain kendalian Tarcisio Pugliese tesebut telah menyukarkan penetrasi para pemain penyerang pasukan Sabah.

‘Deep defensive line’ pasukan FELCRA FC yang diaplikasikan dalam pertemuan dengan Sabah. Kesemua pemain berkampung di kawasan sendiri.
Kredit: FB Live Kelab Penyokong Sabah Rhino / Sahabat KL
Edit: B Oken Tacts (TRT)

4. Mampatan jentera tengah FELCRA FC

Keagresifan pemain pemain pasukan tuan rumah turut kelihatan melalui kemampatan (compactness) ketika melakukan ‘pressing’ kepada pemain Sabah. Sabah kelihatan agak kelam kabut sedikit ketika melakukan corak permainan dengan hantaran pendek akibat tekanan yang diberikan. Endrick Dos Santos Parafita dan Nizam Abu Bakar telah merencanakan banyak gesaan terhadap kawalan permainan Sabah.

‘Pressing’ yang mampat daripada pemain tengah dan pertahanan FELCRA FC menyukarkan penjanaan serangan Sabah.
Kredit: FB Live Kelab Penyokong Sabah Rhino / Sahabat KL
Edit: B Oken Tacts (TRT)

5. Pengalaman Shahrom Kalam

Ketua pasukan tuan rumah, yakni bekas ketua pasukan Selangor dan Perak, Shahrom Kalam yang beraksi di bahagian CB FELCRA FC telah menggunakan pengalaman yang beliau miliki untuk mematahkan serangan dari udara Sabah yang ditujukan kepada Hector Ramos. Kebanyakan kawalan bola Hector Ramos terlepas hasil kawalan pemain pertahanan tersebut. Kombinasi Shahrom Kalam dan Leo Carioca nampak begitu sukar digugat buat masa ini. Gandingan ini baru bolos dua kali setakat ini iaitu satu gol ketika seri 1-1 dengan PDRM FA melalui sepakan jarak jauh pemain import The Cops iaitu Petrisor Voinea dan 1 gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Sabah semalam

6. Faktor 3R

Detik-detik cemas ketika Robson Rendy Rining berhadapan dengan Anselmo Arruda Da Silva apabila sepakan penalti diberikan kepada pasukan FELCRA FC.
Kredit: FB Live Kelab Penyokong Sabah Rhino / Sahabat KL
Edit: B Oken Tacts (TRT)

Robson Rendy Rining (RRR): Pemain ini telah menyelamatkan Sabah daripada tewas dalam perlawanan semalam. Nama beliau menjadi siulan penyokong Sabah di Shah Alam semalam hasil aksi tangkas ketika melakukan ‘diving save’ ke atas sepakan penalti Anselmo Arruda Da Silva di minit-minit akhir masa tambahan sepenuh masa. Walaupun beliau tidak banyak diuji dalam perlawanan semalam, beliau kelihatan begitu tenang menidakkan sepakan kaki kiri penyerang dari Brazil itu. RRR banyak melakukan tangkapan mudah untuk hampir kesemua sepakan dan percubaan pemain-pemain The Rival pada perlawnan semalam.

Kesimpulan

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipelajari oleh para pemain Sabah dalam perlawanan ini:

  1. Latihan lebih menjurus kepada penyudahan jaringan.
  2. Latihan eksekusi hantaran lintang ‘in-swinger’ dan hantaran ‘low cut back’ perlu selalu diterap dan tekankan.
  3. Variasikan serangan; serangan tidak perlu hanya tertumpu di kawasan ‘wide’ tapi di kawasan tengah juga. Untuk hal ini, Hector Ramos memerlukan ‘back up’ serta beliau sendiri kenalah mengimprovasi ‘agility’ beliau.

 

 

 

 

 

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Ketahui 6 Punca Sabah Pulang Dengan Hanya 1 Mata Dari Shah Alam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*