Previu Eksklusif: FELCRA FC vs Sabah_Match # 2_LP2018

Jadual perlawanan ke-2_LP2018. Kredit: Football Malaysia LLP.

*

Sabah akan membuat perhitungan dengan pendatang baru Liga Perdana 2018, FELCRA FC di Stadium Shah Alam pada pukul 9 malam ini (6 Feb) dalam perlawanan ke-2 Liga Perdana 2018.

Perlawanan Pertama LP2018

Perlawanan pertama menyaksikan Sabah mudah menundukkan pasukan Terengganu FC II 4-0 di Likas hasil 2 jaringan yang ‘rare’ menerusi kapten pasukan Rawilson Batuil dan 2 lagi jaringan hasil daripada Lee Gil Hoon dan Hector Ramos Lebron.

Sementara itu, pasukan FELCRA FC pula sekadar seri 1-1 dengan pasukan PDRM FA pada perlawanan pertama mereka hasil jaringan minit akhir melalui Anselmo Arruda Da Silva atau lebih ‘glamour’ dikenali sebagai Casagrande sejak beraksi dengan pasukan Kuala Lumpur pada musim 2016.

Pemain Tumpuan Pasukan

Bagi pasukan Sabah sudah pasti tumpuan perlu diberikan kepada penyerang dari Korea Selatan dan Puerto Rico, Lee Gil Hoon dan Hector Ramos Lebron. Kedua-dua pemain ini amat berbahaya di hadapan. Dari segi penguasaan bola, Heo Jaenyeong dan Azizan Nordin cemerlang di kawasan tengah Sabah dan banyak memberikan masalah kepada pemain pertahanan lawan seperti yang mereka lakukan kepada TFC II pada perlawanan yang lalu.

Pasukan FELCRA FC dikendalikan oleh jurulatih dari Brazil iaitu Tarcisio Pugliese ini telah membawa imej ‘Samba’ dalam pasukan yang dikenali sebagai ‘The Rival’ itu. Ini kerana 3 pemain import FELCRA FC adalah didatangkan dari negara Brazil iaitu Anselmo Arruda Da Silva (penyerang), Endrick Do Santos Parafita (tengah) dan Leo Carioca (pertahanan). Sementara pemain import kategori Asia bagi pasukan ini ialah David Laly yang juga bekas pemain Bawah 23 Tahun Indonesia.

Beberapa pemain tonggak tempatan turut memperkuatkan pasukan The Rival ini. Mereka ialah Shahrom Kalam (bekas pemain Selangor dan Perak), Nizam Abu Bakar (bekas pemain PKNS FC) dan Fandi Othman (bekas pemain JDT dan Melaka United).

Strategi & Percaturan

Sabah dilihat bakal menurunkan kesebelasan utama yang digunakan ketika menentang TFC II pada 2 Februari 2018 di mana Robson Rendy Rining dilihat bakal menjadi benteng terakhir Sabah sambil dibantu oleh Rawilson Batuil, Mafry Balang, Randy Baruh dan Jenius Karib. Di bahagian tengah pula JA bakal menurunkan Heo Jaenyeong, Azizan Nordin, Maxius Musa dan Sabri Sahar. Sementara itu, di bahagian serangan akan dikepalai oleh Hector Ramos Lebron sambil dibantu oleh pemain sensasi dari Korea Selatan iaitu Lee Gil Hoon.

Barisan kesebelasan utama Sabah ketika menentang TFC II dalam perlawanan pertama LP2018.

Dengan barisan pemain yang dinyatakan tadi, formasi 4-4-2 bakal digunapakai oleh JA. Walaubagaimanapun jika terdapat keperluan untuk memperkuatkan lagi jentera tengah Sabah, formasi tersebut boleh bertukar ke 4-5-1  atau 5-4-1.

Sejak kebelakangan ini JA menekankan kawalan dan penjagaan bola yang rapi di kalangan pemain Sabah sekali gus cuba untuk mengawal permainan di setiap perlawanan yang mereka lalui. Pada perlawanan menentang TFC II, Sabah mudah bertukar-tukar hantaran kerana tiada ‘aggressive pressure’ daripada pemain lawan.

Bagi FELCRA FC, mereka belum mempunyai rekod pertemuan dengan pasukan Sabah. Oleh itu mereka mungkin perlu pantas untuk membaca strategi dan corak permainan Sabah pada malam ini untuk beradaptasi dengan pantas.

Kehadiran 3 pemain import dari Brazil yang dimiliki oleh FELCRA FC sudah pasti akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan gol menentang Sabah di Shah Alam malam nanti.

Anselmo Arruda Da Silva yang pernah mewakili KL pada 2016 sudah pasti mempunyai rekod baik bertemu Sabah secara peribadi. Beliau menjaringkan gol ketika KL menewaskan Sabah 3-2 dalam perlawanan pusingan ke-2 Liga Perdana 2016 di Cheras menerusi sepakan jarak jauh dengan kaki kiri.

Pemangkin Permainan

Sabah yang menang besar 4-0 dalam perlawaan lalau sudah pasti mempunyai semangat yang berkobar-kobar serta kesungguhan yang tingi untuk menumpaskan pasukan FELCRA FC di gelanggang lawan.

Pasukan FELCRA FC pula sudah semestinya akan memastikan tiga mata penuh milik mereka kerana gagal dalam misi tersebut di perlawanan pertama mereka. Bermain di gelanggang sendiri sudah pasti memberikan sedikit tekanan buat mereka kali ini.

Tahukah anda?

Pengerusi FELCRA Berhad adalah anak jati Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Y.B. Dato’ Sri Bung Moktar Bin Haji Radin

Antara lain yang anda perlu anda ketahui ialah:

  1. Jurulatih Penjaga Gol FELCRA FC ialah Irwan Jamil (bekas Penjaga Gol Sabah kelahiran Tawau, Sabah)
  2. Arfiansyah Abdul Jafar (pemain kelahiran Tawau, Sabah)
  3. Aznorayll Alazaman (pemain kelahiran Kinabatangan, Sabah)

 

Diharapkan perlawanan kedua-dua pasukan akan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden yang menyalahi ‘fair play’ malam ini.

 

 

 

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Previu Eksklusif: FELCRA FC vs Sabah_Match # 2_LP2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*