Sang Singa – UiTM FC patahkan taring Harimau Kumbang

FT: UiTM FC 3 PP 1

***

Pasukan tuan rumah, UiTM FC yang gah menggelarkan diri mereka sebagai The Lion Troops telah menumpaskan pasukan Pulau Pinang di Stadium UiTM dengan jaringan 3-1.

Gol pertama pasukan UiTM FC muncul seawal minit ke-17 apabila rembatan ‘first timer’ jarak jauh melalui Sadam Hashim menerjah jaring menewaskan penjaga gol pasukan Harimau Kumbang. Gol ini merupakan gol pertama dalam Liga Malaysia 2018!

Tersentak dengan jaringan itu pasukan Pulau Pinang menggandakan asakan dan berhasil menjaringkan gol pada minit ke-73 menerusi Ken Ilso dengan satu sepakan ‘chip’ yang berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FC.

Pasukan UiTM FC yang nampak lebih agresif ketika melakukan serangan akhirnya mendahului pasukan pelawat dengan 2-1 pada minit ke-85 apabila pemain import pasukan UiTM FC dari Argentina iaitu Lucas Ramon berjaya melepaskan diri dari perangkap ‘offside’ sebelum melakukan penyudah baik melepasi penjaga gol PP.

Pasukan The Lions mengesahkan kemenangan milik mereka di minit-minit akhir masa kecederaan melalui Dao Bakary yakni bekas penyerang UiTM FC suatu ketika dahulu dan bermain untuk PDRM FA musim lalu. Jaringan berhasil dilakukan melalui satu hantaran baik daripada Lucas Ramon yang membiarkan Dao Bakary tidak dikawal dan mudah menewaskan penjaga gol PP dalam situasi ‘one on one’.

FT: UiTM FC 3 PP 1

Tamat perlawanan, UiTM FC 3 Pulau Pinang 1.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sang Singa – UiTM FC patahkan taring Harimau Kumbang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*