LBR 2018: Pasukan dari Sabah mulai dengan langkah kanan!

Kredit gambar: Keningau FA

***

Pasukan yang mewakili Sabah dalam Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan 2018, Keningau dan Tawau masing-masing beroleh kemenangan bertemu lawan masing-masing kelmarin.

***

Keningau

Pasukan Keningau yang menewaskan Kota Marudu dalam perlawanan ‘play-off’ yang lalu itu telah menewaskan pasukan Kuching Gedong Gators FC yang bertandang ke Kompleks Sukan Keningau semalam. Bermain di hadapan penyokong tuan rumah bagaimanapun tidak begitu menggerunkan pasukan dari Sarawak itu apabila hampir dapat mengimbangi perlawanan tersebut.

Keningau yang mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan ditiupkan berjaya mencipta peluang keemasan namun buntu sehinggalah gol dihasilkan 10 minit sebelum perlawanan separuh masa tamat menerusi sepakan percuma cantik daripada kapten pasukan, Zackalani Antanom.

Tendangan free kick oleh Zackalani Antanom@Bambang dan seterusnya memberikan jaringan kemenangan kepada pasukan Keningau FA ketika menentang pasukan Kuching Gedong Gators FC pada 27 Januari 2018.

Posted by Keningau Football Association on Sunday, 28 January 2018

Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan di separuh masa ke-dua namun buntu untuk menghasilkan mahupun menambah jaringan. Perlawanan berakhir dengan keputusan muktamad Keningau 1 Kuching Gedong Gators 0.

***

Tawau

Bermain di tempat lawan tidak begitu memberikan impak kepada pasukan Tawau apabila berjaya memanfaatkan kelekaan pemain pasukan Miri dan membolehkan mereka menghasilkan jaringan di Padang KRP Lutong, Miri.

Pasukan Pantai Timur Sabah itu menjaringkan gol tunggal menerusi Shahrizam Sahar melalui satu gerakan solo menarik yang menewaskan sekurang-kurangnya 4 pemain pasukan Miri.

Jaringan kemenangan drp Sharizam Sahar pertemuan Tawau vs Miri FA dlm Kejohanan Liga Bolasepak Rakyat di pdg KRP Lutong Miri 27hb Jan 2018

Posted by Muhamad Kamal on Saturday, 27 January 2018

 

***

Kedua-dua pasukan dari Sabah itu menempuhi perlawanan pertama dengan memungut 3 mata berharga .

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "LBR 2018: Pasukan dari Sabah mulai dengan langkah kanan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*