Kelayakan LFK 2018: Sabah ke Suku Akhir menentang Selangor UiTM FC!

Kredit gambar: Arena Futsal Malaysia - https://www.facebook.com/arenafutsalmalaysia/

***

Sabah berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati (Suku Akhir) bagi fasa kelayakan untuk Liga Futsal Kebangsaan 2018 yang kini sedang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21 Shah Alam, Selangor.

 

Sabah yang sebelum ini menang 4-0 ke atas pasukan Kelantan bagaimanapun terpaksa diikat 1-1 oleh pasukan PJ Tigers sebentar tadi. Kehadiran pemain skuad kebangsaan, Iwan Bakri sedikit sebanyak telah memberikan nafas baru di bahagian serangan Sabah dan hasilnya pasukan kendalian Azman Soaibah itu menjelmakan jaringan menerusi Iftitah Ahmad 6 minit sebelum perlawanan sepenuh masa tamat namun disamakan kedudukan oleh PJ Tigers 3 minit berselang.

 

Walaubagaimanapun, keputusan seri ini sudah memadai buat Sabah untuk kekal menjuarai Kumpulan E dengan pungutan 4 mata, berkongsi mata dengan PJ Tigers namun berkelebihan jumlah jaringan.

Sabah diundi bertemu pasukan Selangor UiTM FC untuk perlawanan Suku Akhir esok pada pukul 12.30 tengah hari.

***

Terdahulu, pasukan wanita Sabah pula mudah menjinakkan pasukan Kelantan dengan defisit jaringan yang menyakitkan iaitu 10-0.

Fulltime perlawanan ke-21 kelayakan LFK 2018Sabah 10-0 Kelantan#arenafutsalmalaysia #afm @ Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21 Shah Alam Selangor

Posted by Arena Futsal Malaysia on Saturday, 27 January 2018

Selamat maju jaya buat pasukan Lelaki dan Wanita Sabah untuk fasa kelayakan ke Liga Futsal Kebangsaan 2018.

 

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Kelayakan LFK 2018: Sabah ke Suku Akhir menentang Selangor UiTM FC!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*