SUKMA 2016: Sabah ikat Tok Gajah di Kota Samarahan.

Pesta 8 gol!

Perlawanan pertama Kumpulan B dalam acara Bolasepak SUKMA Sarawak 2016 di antara Sabah dan Pahang berakhir dengan seri 4-4. Bermain di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan yang kosong tidak menidakkan kedua-dua pasukan untuk berpesta gol.

Justin Ganai yang tidak meletakkan tekanan kepada anah-anak buah beliau, telah menurunkan pemain kesebelasan utama Sabah yang terdiri daripada Sakri Masri (PG), Zulfadlisham Roseland, Masmilan Anil Matlan Marjan, Zaki Sapri, Aidil Shahrolmizan Asimin, Devid Ansarui, Arius Dius Jais, Ikhmal Akid Bahari, Fazriel Hanafi Stefanus, Saliun Mastar dan Hamran Peter.

IMG-20160721-WA0000

Kesebelasan utama Skuad Sabah dalam perlawanan ini. Depan dari kiri: Devid Ansarui, Zaki Sapri, Masmilan Anil Matlan, Arius Dius Jais, Zulfadlisham Roseland. Belakang dari kiri: Sakri Masri, Hamran Peter, Aidil Shahrolmizan Asimin, Saliun Mastar, Ikhmal Akid Bahari dan Fazriel Hanafi Stefanus.

Pasukan Pahang terlebih dahlulu membuka tirai jaringan menerusi pemain penyerang sensasi mereka, Zulhafiz Zulkifli yang mudah melepasi jangkauan penjaga gol Sabah, Sakri Masri pada minit ke-11 di separuh masa pertama. Tersentak dengan jaringan tersebut, Sabah bingkas bangkit 15 minit kemudian dengan jaringan menerusi ayam tambatan Piala Belia 2016 Sabah, Arius Dius Jais. Anak muda dari Kota Kinabalu itu sekali lagi menggegarkan jaring pasukan Pahang pada minit ke-29 untuk menjadikan kedudukan 2-1. Ketika perlawanan separuh masa pertama seakan-akan berakhir dengan Sabah mendahului 2-1, Pahang berjaya menyamakan kedudukan menerusi Zulhafiz pada minit ke-43. Perlawanan separuh masa pertama berakhir 2-2.

Bersambung babak ke-dua, tidak banyak percubaan dilakukan oleh ke dua-dua pasukan sehinggalah pada minit ke-51 di mana Zulhafiz melengkapkan hatrik beliau dengan satu gol peribadi yang menarik. Gandingan baik menerusi Devid Ansarui di sebelah kanan, Ikhmal Akid Bahari di sayap kiri, Arius Dius Jais, Hamran Peter, Saliun Mastar dan Fazriel Hanafi Stefanus di bahagian serangan akhirnya berjaya menjelmakan gol penyamaan 3-3 buat Sabah apabila bekas pemain muda Juta FC, Devid Ansarui menewaskan penjaga gol pasukan Pahang.

Perlawanan bertambah menarik dengan ke dua-dua pasukan melakukan serangan-serangan yang tidak bertali arus. Pahang akhirnya berjaya menghasilkan gol ke-4 mereka menerusi pemain tengah, Shahrul Nizam Nadzer pada minit ke-56. Gol pasukan Pahang tersebut telah menjadi ‘turning point’ buat pasukan Sabah yang seterusnya menguasai perlawanan dan menyaksikan Pahang lebih banyak melakukan  ‘ball clearance’ yang jauh. Kekebalan kubu pasukan Tok Gajah bolos lagi pada minit ke-64 apabila penyerang berbadan sasa Sabah dari Tawau, Fazriel Hanafi Stefanus menjaringkan gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan terikat 4-4. Kedua-dua pasukan mendapat beberapa peluang ke-emasan selepas itu namun buntu menemui jaringan. Penjaga gol Sabah, Sakri Masri harus diberikan pujian kerana melakukan beberapa ‘critical saves’ yang membolehkan Sabah tidak tewas dan berjaya mendapatkan mata pertama.

Kemasukan Arius Dius Jais dan Hamran Peter dalam pasukan SUKMA Sabah ini menyebabkan Rahmanshah Marajeh menjadi pilihan ke-dua. Tahniah buat Arius Dius Jais, pemain terbaik perlawanan buat Sabah!

Peluang baik untuk layak ke Suku Akhir

Perlawanan sebelum ini di antara Pahang dan Kedah berakhir dengan terikat tanpa jaringan, oleh hal yang demikian Sabah harus sekurang-kurangnya seri dengan jaringan ataupun menang ke atas pasukan Kedah pada perlawanan terakhir kumpulan bagi melayakkan mereka ke perlawanan suku akhir bolasepak SUKMA Sarawak 2016. Perlawanan Sabah menentang Kedah akan berlangsung pada 23 Julai ini.

 

Bobby pannft.

©sabahfootball4u

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "SUKMA 2016: Sabah ikat Tok Gajah di Kota Samarahan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*