Misi ulangi kejayaan emas SUKMA Pahang 2012 kini bermula!

“Kuching, kamek dah sampe!”

Setelah melakukan persiapan selama lebih sebulan, pasukan SUKMA Sabah sudah pun tiba di Kuching, Sarawak untuk membawa cabaran kontinjen Sabah dalam ibu segala acara, Bolasepak, hari ini.

13781821_581280235393577_2788458286757630597_n

Para pemain SUKMA Sabah sudah pun tiba di Kuching, Sarawak untuk misi merebut semula emas bagi ibu segala acara, Bolasepak yang pernah dimenangi di Pahang 4 tahun lalu.

Tonggak Piala Belia 2016 Jadi Taruhan

Seperti yang diuarkan sebelum ini, pasukan SUKMA Sabah terdiri daripada gabungan pemain sedia ada Piala Presiden 2016 dan sebilangan pemain (lima orang) Piala Belia 2016. Walaupun prestasi pasukan Piala Belia Sabah merupakan yang terbaik setakat ini (kedudukan teratas Kumpulan A Piala Belia 2016), hanya 5 orang yang diserapkan berikutan skuad Piala Presiden mempunyai sedikit kelemahan dari segi serangan dan penyudah jaringan. Kehadiran Stanley Sulong, Hamran Peter, Aidil Asimin, Arius Dius Jais dan Aidil Safee dalam skuad SUKMA ini akan menjanjikan serangan yang lebih berkualiti daripada pasukan yang terkenal dengan timangan Sang Badak itu. Sebagai rekod, Hamran Peter telah menjaringkan sejumlah 7 gol dalam saingan Piala Belia 2016 dan menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak buat pasukan itu untuk setakat 14 perlawanan. Arius Dius Jais (6 gol) dan Stanley Sulong (4 gol) pula mengikuti rapat Hamran Peter dari segi jumlah jaringan.

13119053_10153710191101553_5489683360989324562_n (2)

Tonggak serangan yang diserap khas dari Skuad Piala Belia 2016. Dari kiri: Arius Dius Jais, Hamran Peter dan Aidil Shahrolmizan Asimin.

Kumpulan Maut?

Kehadiran nafas baru hasil didikan Jelius Ating ini sudah pasti akan merencanakan keputusan yang lebih baik buat pasukan SUKMA Sabah. Sabah berada dalam Kumpulan B bersama sama dengan Pahang dan Kedah. Kumpulan ini boleh dikategorikan sebagai kumpulan maut memandangkan pasukan Pahang dan Kedah kedua-duanya berprestasi cemerlang dalam kancah Piala Presiden. Walaubagaimanapun, keserasian pemain B-19 dan B-21 untuk kesemua pasukan bakal menentukan sejauh mana perjalanan mereka dalam acara ini. Pasukan Sabah akan bertemu Pahang di Kota Samarahan (UNIMAS) pada 21 Julai (4.15 petang) sebelum melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan berhadapan dengan Skuad Lang Merah pada 23 Julai, pukul 8 malam. Sabah perlu sekurang-kurangnya berada pada kedudukan ke-2 untuk melayakkan mereka ke saingan suku akhir.

Pengendali skuad SUKMA Sabah, Justin Ganai menyatakan bahawa beliau tidak menyimpan sebarang ‘target’ pada SUKMA 2016 kali ini namun tetap menyifatkan harapan beliau bagi pasukan kendaliannya ini akan layak ke peringkat suku akhir. Dengan pengalaman luas Justin Ganai dalam mengendalikan pasukan Sabah, misi mengulangi kejuaraan bolasepak SUKMA 2012 di Pahang tidak mustahil akan menjadi kenyataan. Misi tersebut sudah dimulai hari ini!

 

 

B Oken Tacts

The Rhinos Troops

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Misi ulangi kejayaan emas SUKMA Pahang 2012 kini bermula!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*