Sabah tewas 2-1 di Pasir Gudang

Perlawanan Liga Perdana 2016 yang ke-13 menyaksikan Sabah terpaksa akur dengan 2 gol daripada Paolo Rangel untuk kekalahan 2-1 kepada tuan rumah, JDT II di Stadium MPPG, Pasir Gudang.

Pasukan Sabah menguasai hampir keseluruhan permainan di separuh masa pertama namun leka di minit ke-43 apabila JDT II melakukan ‘counter attack’ menerusi larian solo Paolo Rangel yang menewaskan 3 pemain pertahan Sabah sebelum mudah memperdayakan Rozaimie Rohim. Separuh masa pertama berakhir 1-0 berpihak kepada JDT II.

Bersambung babak ke-dua perlawanan, Sabah bingkas melipatgandakan asakan namun tidak menemui penyudah jaringan menerusi Ummareng Bacok, Maxius Musa dan Muamer Salibasic. Dengan satu lagi gerakan balas daripada JDT II di minit ke-83, Paolo Rangel sekali lagi menghasilkan jaringan selepas sepakan beliau membias ke jaring setelah mengenai badan pemain pertahanan Sabah.

JDTWira JDT II dengan dua gol, Paolo Rangel dari Argentina. Ihsan gambar: Johor Southern Tiger.

Keadaan sedikit tegang pada minit ke-88 apabila pemain  pertahanan Sabah dari Talantang Kota Marudu, Rawilson Batuil dilayangkan kad kuning ke-dua akibat terjahan keras terhadap pemain JDT II.

jipunRawilson aka Jipun (kanan) dilayangkan kad kuning ke-dua dan diarahkan keluar padang pada minit ke-88. Ihsan gambar: Johor Southern Tiger.

Anak-anak buah Johnny Dominicus yang masih tersentak dengan penambahan gol pasukan Harimau Selatan itu terus melakukan asakan dan akhirnya berjaya mengurangkan defisit gol menerusi jaringan pemain import dari Croatia, Igor Cerina pada masa kecederaan sebelum perlawanan sepenuh masa tamat.

Igor Cerina walaubagaimanapun berpeluang menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat ditiupkan namun tandukan jarak dekat beliau hasil biasan percubaan Everton Pedalada tersasar sedikit di sebelah kanan pintu gol JDT II. Keputusan penuh perlawanan, JDT II 2 Sabah 1.

 

sabah vs jdtPenjaring gol saguhati Sabah, Igor Cerina (kanan) sedang kemas mengawal penyerang JDT II, Syafiq Shahrudin. Ihsan gambar: Johor Southern Tiger.

Perlawanan seterusnya Sabah adalah pada 22 Julai menentang PKNS Selangor di Stadium Likas, KK.

 

Bobby pannaft.

©sabahfootball4u

 

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah tewas 2-1 di Pasir Gudang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*