Skuad Elit Sabah, Piala Presiden dan Belia kembali menjalani latihan selepas cuti singkat Hari Raya.

Anak-anak buah Johnny Dominicus, Justin Ganai dan Jelius Ating sudah pun kembali menjalani latihan fizikal seperti biasa sejak dua hari yang lalu selepas cuti singkat Hari Raya yang diberi. Perjalanan jauh bagi pemain yang berasal dari Tawau misalnya sudah pasti memenatkan tambahan lagi hanya bersama keluarga untuk tidak melebih 48 jam.

Skuad Liga Perdana

Latihan yang dilaksanakan ini merupakan persiapan terakhir buat skuad Liga Perdana 2016 Sabah untuk mengharungi baki perlawanan mereka. Sudah pasti dengan kelibat 3 muka baru seperti Muamer Salibasic, Everton Pedalada dan Stuart Wark dalam pasukan ini akan dapat memberikan impak positif kepada prestasi Sabah sekali gus dapat memperbaiki kedudukan akhir mereka dalam LP2016 musim ini.

Semangat di kalangan pemain setakat ini boleh dikatakan berada dalam keadaan yang sangat positif memandangkan ‘environment’ pasukan telah sedikit sebanyak berubah. Perlantikan sementara Johnny Dominicus dilihat telah menyuntik keyakinan yang lebih baik di kalangan pemain. Prestasi baik dalam perlawanan persahabatan di Terengganu bulan lalu serta kejuaraan Piala Konfederasi Sabah 2016 jelas menunjukkan bahawa pasukan Sabah sudah cukup bersedia untuk perlawanan yang lebih kompetatif pada 15 Julai ini mementang JDT II di Stadium Pasir Gudang. Kekalahan bukan lagi suatu pilihan memandangkan mereka kini sudah tewas 7 kali dari pada 12 perlawanan!

Skuad Piala Presiden & Piala Belia

Terdapat 5 pemain yang bermain dalam kancah Piala Belia telah diserap masuk ke dalam pasukan SUKMA Sabah yang kebanyakannya terdiri daripada pemain Skuad Piala Presiden. Pemain-pemain tersebut ialah Hamran Peter, Arius Dius Jais, Mazlan Norli, Aidil Shahrolmizan, Aidil Safee dan Stanley Sulong. Latihan yang dijalankan adalah lebih menjurus kepada pemupukan persefahaman di kalangan pemain.

Selamat maju jaya!

 

 

 

Bobby pannaft

©sabahfootball4u

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Skuad Elit Sabah, Piala Presiden dan Belia kembali menjalani latihan selepas cuti singkat Hari Raya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*