Perlawanan persahabatan Malaysia vs Singapura pada esok bersamaan 11 Julai 2016

Satu perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung esok di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 8.15 malam. Untuk pengetahuan, masuk untuk menyaksikan perlawanan ini adalah PERCUMA!

Persiapan untuk perlawanan ini sudahpun dilakukan dengan mengadakan latihan intensif sejak 1 Jun 2016 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah, UMS Kota Kinabalu. Pengendali pasukan ini adalah Encik Mohd Asyraaf Fong Abdullah. Keberkesanan latihan sejak sebulan lalu ini bakal akan dapat disaksikan esok pada perlawanan persahabatan yang disebutkan tadi.

Pasukan ini terdiri daripada 60% (bersamaan 18 orang pemain daripada 30 orang keseluruhan) pemain yang didatangkan dari Sabah termasuk pemain yang bermain dengan kelab MISC-MIFA, PDRM dan pemain negeri Sabah sendiri. Pemain-pemain lain pula berasal daripada Sarawak (3), Kedah (3), Perak (2), ATM (2), KL (1) dan Pahang (1).

Selepas perlawanan menentang Singapura esok, pasukan wanita Malaysia ini akan berlepas ke China untuk beberapa siri perlawanan persahabatan bermula  15-19 Julai 2016. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk menyiapkan pasukan untuk Kejuaraan Bola Sepak Wanita AFF 2016 di Myanmar bermula 26 Julai hingga 4 Ogos 2016.

Diharap dengan adanya jurulatih yang mantap seperti Encik Asyraaf Fong ini akan dapat memperbaiki lagi mutu bolasepak wanita Malaysia.

 

 

By Bobby pannft

©sabahfootball4u

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Perlawanan persahabatan Malaysia vs Singapura pada esok bersamaan 11 Julai 2016"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*